`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 16, 2013

Chicken, egg, bread must be a price controlled items - Why are our MPs not fighting for these basic issues that affect all Malaysians


Price of chicken went up ...even as high as RM1 - RM2 per kilo in past weeks. Maybe time for a 1Ayam campaign...

The Malaysian government must control the price of some basic food items, and that should be Rice, Chicken, Eggs, Bread, Sugar, Cooking Oil, Flour, Milk... (and related to this must also control the price of chicken, animal and fish feed).

After workers started getting minimum wages (not all are getting it yet), food prices seem to be going up...

I was shocked that this Malaysian government chicken and bread from the list of price controlled items. They also removed 'cement' from the list of controlled items since June 2008.

Did you know that they removed chicken from the list of price controlled items in May 2008 after GE12? Why did our MPs, especially the Opposition MPs not make noise about this?  

My analysis is that they are really not that bothered by the 'bread and butter' issues of the common man and woman. They similarly seem to be disinterested in the issues of workers, farmers, fisher folk and the marginalized. (this I will deal with later...on the issues that seem to be 'ignored' by our politicians, even from the Opposition)

I wanted to cut and paste the list of controlled items from the Ministry website - but that government website did not allow me to do so. I say all information and documents in GOVERNMENT belong to the public, and there must be no restriction to copying, cut and pasting portions, downloading, etc ... People should be free to copy and paste in emails, blogs and disseminate... How do we disseminate it? Retype it? Who is the Minister of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism? She/He should do something about this...  

So, you need to go the werbsite to the Official Portal of theMinistry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism




KUALA LUMPUR 11 Julai - Kenaikan harga ayam secara mendadak di beberapa negeri sejak dua minggu lalu, yang mencecah RM1 hingga RM2 sekilogram menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna.

Di kebanyakan negeri, harga ayam ketika ini dilaporkan dijual RM8 hingga RM8.50 sekilogram malah ada sesetengah kawasan dijual pada harga RM9 sekilogram.

Harga itu jauh lebih tinggi berbanding RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram sebelum ini.

Kenaikan harga yang disifatkan tidak munasabah itu menyebabkan pengguna kini bimbang perlu menanggung kos lebih tinggi sepanjang Ramadan ini seterusnya dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Di Kelantan, tinjauan di beberapa pasar di Kota Bharu mendapati, harga ayam mencecah RM7.50 hingga RM8 sekilogram sejak seminggu lalu berbanding sekitar RM6.50 sekilogram sebelum ini.

Di Selangor, harga ayam juga didapati meningkat sejak seminggu lalu dan dijual RM8.50 sekilogram di pasar sekitar Shah Alam berbanding RM6.50 hingga RM7 sebelum ini.

Di Perak, harga ayam meningkat 30 sen hingga 90 sen dalam tempoh kurang dua minggu sehingga mencecah RM8.50 sekilogram berbanding hanya sekitar RM7.60 hingga RM8.20 sebelum ini.

Di Pulau Pinang, harga ayam naik mendadak sehingga RM9.50 sekilogram berbanding hari-hari biasa yang dijual RM8 hingga RM8.50 sekilogram.

Kenaikan harga ayam turut berlaku Johor selepas harganya di kebanyakan daerah di negeri ini dicatatkan RM8 sekilogram berbanding antara RM7.50 dan RM7.80 sebelum ini.

Di Negeri Sembilan, tinjauan di Pasar Besar Seremban mendapati, meskipun harga ayam naik dengan mendadak, orang ramai tidak mempunyai pilihan selain membelinya dengan harga yang telah ditetapkan iaitu daripada RM7.50 sekilogram kepada RM8.50 sekilogram.

Di Kedah, tinjauan di beberapa pasar Alor Setar mendapati ada dalam kalangan peniaga menjual ayam siap proses sehingga RM9 kilogram.

Sementara itu, di sebalik isu kenaikan mendadak harga ayam sejak kebelakangan ini, seorang peniaga di Pasar Besar Alor Setar, tetap menjualnya pada harga RM7.20 sekilogram. 

Mohd. Zahir Zainal Abidin, 59, yang merupakan pemilik gerai E.D Ayam memberitahu, dia tetap memperolehi keuntungan memuaskan walaupun menawarkan ayam dengan harga tersebut.

"Saya jual murah kerana mahu meringankan beban kewangan pengguna lebih-lebih lagi pada Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.

"Kebanyakan penjual mendapatkan bekalan ayam daripada berlapis-lapis pembekal yang menyebabkan harga akhir kepada pengguna meningkat,'' katanya di sini.

Menurut Mohd. Zahir, bagi mengelakkan kos meningkat, dia hanya mendapatkan bekalan daripada seorang pembekal.

"Menjual pada harga lebih rendah adalah strategi pemasaran dan pada masa yang sama, dapat membantu pelanggan,'' katanya lagi.

Tinjauan di beberapa pasar di bandar raya ini mendapati, ada dalam kalangan peniaga menjual ayam siap proses sehingga RM9 kilogram.

Di Perlis, harga ayam turut naik 20 sen hingga 30 sen dalam tempoh seminggu sebelum ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peniaga di sekitar negeri ini menjual ayam RM8 hingga RM8.50 bagi setiap sekilogram berbanding sebelum ini antara RM6.50 dan RM7 sekilogram.

Di Melaka, harga ayam turut mengalami kenaikan mendadak mencecah RM2 berbanding harga asal RM6.50 sebelum ini.

Di Sarawak, harga ayam di negeri ini tidak mengalami sebarang perubahan mendadak seperti di Semenanjung yang mana peniaga didapati masih mengekalkan harga lama RM8.50 hingga RM9.50 sekilogram.

Dalam pada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini membuka serta merta permit import ayam bulat bagi menstabilkan harganya di pasaran sekali gus memenuhi permintaan yang meningkat sekali ganda menjelang musim perayaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian menggalakkan pengimportan ayam bulat dari negara lain seperti Australia dan benua Eropah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan ayam tempatan. - Utusan Online, 12/7/2013, Harga ayam naik mendadak

-Charles Hector

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.