`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 18, 2013

Hadiah PRU13, 1 079 Kamera AES Akan Dipasang di Seluruh Negara



[TMI] Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara. 

Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). 

"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara. 

"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan. 

Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013. 

"Sehingga 11 Jun 2013, sebanyak 628,045 kesalahan memandu melebihi had laju dan 45,294 kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah. 

"Jumlah kutipan kompaun yang diterima bagi tempoh sama ialah RM20,020,500," kata kementerian lagi. 

Putrajaya, bagaimanapun enggan mendedahkan terma dan syarat perjanjian konsesi berikutan ia dokumen terperingkat/rahsia dan tidak dapat dinyatakan dalam Dewan Rakyat. 

Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula dengan 14 kamera dalam fasa percubaan tetapi JPJ berikrar melancarkan lebih banyak kamera menjelang akhir 2013.


P/s: Siapa yang untung? Baca dibawah:

 

Contoh Kepintaran Kerajaan BN: Kutipan Saman AES, Kerajaan Dapat RM3.4 Juta, Syarikat Dapat RM13.5 Juta


[HD] KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.

Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan. 

Sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di lokasi-lokasi berikut:

1. KM 375.9, Lebuhraya PLUS-Slim River (Arah ke Utara)
2. KM 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan (Aran ke Bagan Datoh)
3. KM 91, Jalan Ipoh-Butterworth (Arah ke Selatan)
4. KM 26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg. Kerdah)
5. KM 85.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
6. KM 204.6, Lebuhraya PLUS-Taiping (Arah ke Utara)
7. Jalan Pasir Putih, Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
8. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
9. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian Sentul)
10. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
11. KM 301.6 Lebuhraya PLUS -Kajang (Arah ke Utara)
12. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
13. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
14. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)


P/s: Kaya kroni!

Berkaitan:


[HD]KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak Menteri Pengangkutan menjelaskan jumlah pembayaran kutipan kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd

Penasihat Undang-undang Kase Zulhazmi Shariff berkata, angka-angka yang diberikan oleh Kementeriaan Pengangkutan di Dewan Rakyat amat mengelirukan.

Beliau mempersoal jumlah RM13,550,758 kepada syarikat pembekal AES sedangkan jumlah saman yang telah dijelaskan hanyalah sebanyak 66,735 yang hanya melayakkan syarikat dibayar sebanyak RM1,067,760.00.

"Jika syarikat dibayar RM13,550,758.00 daripada jumlah kompaun keseluruhan RM20,020,500.00 baki yang tinggal ialah sebanyak RM6,469,742.00. Kenapa kerajaan hanya mengambil RM3,429,910.00 sahaja? Ke mana baki RM3,039,832.00?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambah beliau juga, jika keseluruhan 673,339 saman telah dijelaskan sekalipun, syarikat tidak layak mendapat RM13,550,758.00 kerana RM16.00 dari setiap 673,339 hanyalah RM10,773,424.00.

Berikut merupakan kira-kira mengikut angka-angka yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan:

SAMAN AES
Jumlah Saman AES (23/09/13 – 11/06/13) = 673,339
Jumlah Kompaun (RM300) = RM20,020,500.00
Jumlah Saman Dijelaskan = 66,735
(66,735 x RM300 = RM20,020,500.00)

Formula Tiga Langkah
(RM16 x jumlah saman dijelaskan)
RM16 x 66,735 = RM1,067,760.00
Jumlah Bayaran kepada Syarikat = RM13,550,758.00
Jumlah Bayaran Kepada Kerajaan = RM3,429,910.00

Jumlah Pembahagian
RM13,550,758.00
+RM3,429,910.00
------------------------
RM16,980,668.00
==============

Baki
RM20,020,500.00
-RM16,980,668.00
------------------------
RM3,039,832.00
===============

Jika semua 673,339 telah dijelaskan
673,339 x RM300 = RM202,001,700

Formula Tiga Langkah
(RM16 x jumlah saman dijelaskan)
RM16 x 673,339 = RM10,773,424.00

Kase turut mendesak Kerajaan mendedahkan butiran perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat secara langsung.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.