`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 30, 2013

Isa sah tanding Naib Presiden Umno

Tiga kerusi itu terbuka kepada semua. Tak pernah berlaku dalam sejarah Umno tiga Naib Presiden menang tanpa bertanding
KUALA LUMPUR: Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mengumumkan akan bertanding kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan 5 Oktober depan.
Menurut beliau, tiga kerusi itu terbuka kepada semua.
Katanya, tak pernah berlaku dalam sejarah Umno tiga Naib Presiden menang tanpa bertanding.
“Maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut,” katanya ketika berbual dengan kawan-kawan rapatnya selepas majlis berbuka puasa FELDA di Wisma FELDA malam tadi.
Beliau yang juga ahli parlimen Jempol pernah memenangi kerusi itu pada tahun 2004 selain dari bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi beliau digantung keahliannya setelah mendapati terlibat dalam politik wang pada tahun 2005.
Pada tahun 2010, selepas menjalani hukuman digantung keahlian sebagai ahli Umno selama lima tahun, beliau dipilih sebagai calon pilihanraya kecil Bagan Pinang. Selepas memenangi pilihanraya itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akhirnya dilantik sebagai Pengerusi FELDA sehinggalah hari ini.
“Saya minta tolong kawan-kawan berkempen untuk saya,” katanya. Sehingga kini dua orang penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengesahkan akan mempertahankan jawatan. Manakala seorang lagi penyandang, Datuk Seri Hishamuddin Hussein belum lagi berbuat demikian.
Selain dari Isa, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak dijangka bertanding juga. Beliau belum lagi mengesahkan sama ada mahu bertanding atau tidak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.