`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 6, 2013

KANTOI! Statistik SPRM bercanggah dengan Menteri - Rafizi (Video)

Rafizi Ramli mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjelaskan kenapa statistik yang diberikan oleh agensi itu bercanggah dengan statistik yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low.

Ahli parlimen Pandan itu mendakwa minggu lepasa bahawa SPRM telah menunjukkan prestasi yang amat buruk kerana hanya menyiasat 1 daripada 5 laporan yang diterima mereka. Angka ini dirumuskan beliau sendiri berdasarkan laporan tahunan SPRM tahun 2011.

SPRM menyangkal dakwaan beliau dengan menyatakan bahawa agensi tersebut berjaya mencapai kadar penyabitan kesalahan ataupun "hit rate" sebanyak 85% pada tahun 2012. SPRM juga menyatakan bahawa "hit rate" agensi itu bertambah sebanyak 4% pada enam bulan pertama tahun ini kepada 89%.

Namun demikian, perangkaan yang diberikan oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull, itu bercanggah dengan statistik yang diberikan oleh Paul Low sehari sebelum itu semasa beliau menjawab soalan berkenaan di Parlimen. Beliau memberitahu Parlimen bahawa "hit rate" SPRM untuk tahun 2012 adalah 67% manakala kadar untuk enam bulan pertama tahun ini cuma 34%.

"Kami ingin mempercayai SPRM. Kami juga ingin mempunyai keyakinan terhadap efisiensi agensi tersebut. Malangnya dari segi statistik pun mereka bercanggah dengan begitu ketara sekali dengan statistik Menteri. Ini pasti akan menjejaskan persepsi rakyat terhadap SPRM," kata Rafizi.

-malaysia-chronicle-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.