`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 27, 2013

Kementerian Dalam Negeri akan tangkap 2 peminpim utama PAS?

Kalau setakat tujuan nak singkirkan Mat Sabu aku rasa buang masa ja pasainya aku yakin Mat Sabu takkan mampu pertahankan jawatan dia tu untuk pemilihan kali ni. Tambah-tambah lagi kalau lawan 1 sama 1 dengan Ust Tuan Ibrahim.

Utusan melaporkan:
Dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Sumber memberitahu, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah sekian lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa. - Utusan.
Kalau baca sepenuhnya laporan Utusan tu memang kompom merujuk kepada PAS walaupun langsung tak disebut nama PAS

Salah seorang pemimpin tu macam merujuk kepada Mat Sabu. Memang lama dah nama Mat Sabu dikaitkan dengan syiah tapi masalahnya sampai hari ni tak boleh dibuktikan dan dia pun tak pernah mengaku.

Persoalannya sapa sorang lagi yang utusan maksudkan tu. Clue yang dibagi cuma pimpinan tertinggi dan utara tanah air.

Yang mushkilnya pasai apa Utusan dan Zahid Hamidi tak terus sebut siapa nama 2 pimpinan tu malah nama PAS pun tak disebut.

Aku rasa depa memang saja buat macam tu dan aku yakin isu syiah ni ditimbulkan denbgan perancangan yang rapi untuk pastikan Umno BN dapat untung sebanyaknya dari isu syiah ni.

Dengan tak sebut nama parti dan nama 2 orang pemimpin tu akan buatkan rakyat tertanya-tanya dan isu ni akan disembang merata dari kedai kopi sampai ke balai lintang masjid meneka-neka sapa pemimpin yang dimaksudkan dan tentunya ramai yang akan jadi saspek dan nama sikit sebanyak akan jadi busuk.

Selain dari nak busukkan nama PAS dan kepimpinannya, aku yakin sangat isu syiah ni targetnya adalah pemilihan kepimpinan PAS hujung tahun ni yang tujuan utamanya nak singkirkan Mat Sabu dari jawatan Timbalan Presiden PAS yang dia pegang sekarang disamping cuba nak pecahbelahkan PAS.

Tapi kalau setakat tujuan nak singkirkan Mat Sabu aku rasa buang masa ja pasainya aku yakin Mat Sabu takkan mampu pertahankan jawatan dia tu untuk pemilihan kali ni. Tambah-tambah lagi kalau lawan 1 sama 1 dengan Ust Tuan Ibrahim.

Yang menariknya laporan Utusan tu juga menyebut:
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin kanan sebuah parti politik kerana bertanggungjawab menyebarkan fahaman Syiah di negara ini.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mempunyai maklumat lengkap mengenai penglibatan pemimpin kanan parti tersebut dalam gerakan Syiah dan mengingatkan mereka supaya tidak berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. - Ibid.
Aku tak yakin langsung Menteri Dalam Negeri akan tangkap 2 orang pemimpin PAS tu, sekurang-kurangnya tidak dalam masa terdekat ni. Kalau depa nak tangkap pun mungkin lepas depa berjaya jadikan isu syiah ni betul-betul panas.

-cenangau

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.