`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 15, 2013

KETUA PENGARAH KEMAS SILA JAWAB, KALAU BETUL DAKWAAN INI SILA LETAK JAWATAN DAN MOHON MAAF


Kita mendesak Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Dato Hassan Mohd Amin supaya menafikan dakwaan pihak tertentu berkenaan satu salinan yang menggunakan 'letter head' kementerian yang menyebut  bahawa Kemas terlibat dengan kempen PRK Kuala Besut. Mereka didakwa berkempen untuk BN dengan menyusun beberapa program bagi membantu kempen calon BN.

Ini satu dakwaan yang berat terhadap beliau dan agensinya. Ianya sudah tentu mencabar kewibawaan sebuah agensi kerajaan yang sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik khususnya semasa sessi kempen-mengempen..

Jika benar dakwaan tersebut Hassan mesti bertanggungjawab dan wajib meletakkan jawatan bagi memastikan jabatan tersebut tidak terpalit dengan kerja-kerja politik kepartian.

Pegawai Kerajaan adalah pelaksana terhadap urusan kerajaan bukannya turut sama berkempen membantu BN menggunakan dana kerajaan yang merupakan wang rakyat. Jika benar anggota Kemas malah pegawai-pegawainya berkempen untuk BN, sudah tentu ianya menyalahi undang-undang pilihanraya. SPR dan pihak berkuasa lain mesti tegas, tidak memilih bulu dalam menegakkan kebenaran.

Apa beza BN dan PAS kepada SPR kedua-dua parti politik yang sewajibnya dilayan sama rata. Jangan berdiam diri dan memejam mata dalam menegakkan undang-undang.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.