`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 22, 2013

KOS BARU BINA JALAN DIPERTIKAI

KOS BARU BINA JALAN DIPERTIKAI

DUNGUN – Rungutan penduduk setempat mengenai projek pembinaan Jalan Yahya Ahmad (laluan 127) bakal berakhir apabila kerja yang tertangguh itu disambung semula.
Namun, dengan harga kontrak tambahan baru bernilai RM7.8 juta berbanding kos asal sebelumnya pada Mei 2008 hanyalah RM13.5 juta, menjadikan kos keseluruhan dianggarkan RM21.3 juta.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, maklumat itu dimaklumkan pada Sidang Dewan Rakyat.
Kata beliau, berdasarkan maklumat diperoleh daripada Kementerian Kerja Raya pada Sidang Parlimen, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengarahkan pihak kontraktor yang dilantik untuk meningkatkan tahap pengurusan trafik semasa projek ini berjalan.
Wan Hassan berkata, hasil maklum balas diterima, projek itu dijangka siap dalam tempoh 12 bulan iaitu pada Mac 2014.
Bagaimanapun katanya, orang ramai menyifatkan kos keseluruhan berjumlah lebih RM20 juta untuk dua kilometer atau lebih RM10 juta untuk satu kilometer itu dianggap keterlaluan, kerana ia
tidak membabitkan pembinaan jambatan, menggali sungai atau meratakan tanah tinggi.Kontraktor tempatan, Nik Ahmad Sabri Nik Man, 50, berkata, kenaikan kos itu menimbulkan kemusykilan, apatah lagi kos pembinaannya dikatakan lebih mahal berbanding membina lebuh raya.
Nik Ahmad berkata, kos baki projek hampir RM8 juta untuk jarak 2.7 kilometer itu juga perlu didedahkan kepada umum agar tidak menimbulkan sebarang persepsi negatif terhadap kerajaan.Jaafar Mohd Taib, 41, pula menyambut baik usaha kerajaan menyambung semula projek yang terbengkalai sejak beberapa tahun itu.
Katanya, isu pembinaan jalan itu telah lama menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya.“Namun kos projek yang mencecah lebih RM20 juta itu wajar dipersoalkan, kerana ia dikatakan tidak masuk akal dan dianggap pembaziran wang rakyat,” katanya.
Bekas Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Terengganu, Profesor Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud pula berpendapat, kos itu agak mahal, namun ia perlu diambil kira dengan kos semasa yang perlu ditanggung kontraktor baru.
Katanya, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan terhadap kontraktor asal yang gagal menyiapkan projek itu, kerana menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos baru yang tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan ketika proses tender dahulu.
DUNGUN – Rungutan penduduk setempat mengenai projek pembinaan Jalan Yahya Ahmad (laluan 127) bakal berakhir apabila kerja yang tertangguh itu disambung semula.

Namun, dengan harga kontrak tambahan baru bernilai RM7.8 juta berbanding kos asal sebelumnya pada Mei 2008 hanyalah RM13.5 juta, menjadikan kos keseluruhan dianggarkan RM21.3 juta.


Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, maklumat itu dimaklumkan pada Sidang Dewan Rakyat.
Kata beliau, berdasarkan maklumat diperoleh daripada Kementerian Kerja Raya pada Sidang Parlimen, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengarahkan pihak kontraktor yang dilantik untuk meningkatkan tahap pengurusan trafik semasa projek ini berjalan.


Wan Hassan berkata, hasil maklum balas diterima, projek itu dijangka siap dalam tempoh 12 bulan iaitu pada Mac 2014.


Bagaimanapun katanya, orang ramai menyifatkan kos keseluruhan berjumlah lebih RM20 juta untuk dua kilometer atau lebih RM10 juta untuk satu kilometer itu dianggap keterlaluan, kerana ia
tidak membabitkan pembinaan jambatan, menggali sungai atau meratakan tanah tinggi.


Kontraktor tempatan, Nik Ahmad Sabri Nik Man, 50, berkata, kenaikan kos itu menimbulkan kemusykilan, apatah lagi kos pembinaannya dikatakan lebih mahal berbanding membina lebuh raya.

Nik Ahmad berkata, kos baki projek hampir RM8 juta untuk jarak 2.7 kilometer itu juga perlu didedahkan kepada umum agar tidak menimbulkan sebarang persepsi negatif terhadap kerajaan.Jaafar Mohd Taib, 41, pula menyambut baik usaha kerajaan menyambung semula projek yang terbengkalai sejak beberapa tahun itu.


Katanya, isu pembinaan jalan itu telah lama menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan raya.“Namun kos projek yang mencecah lebih RM20 juta itu wajar dipersoalkan, kerana ia dikatakan tidak masuk akal dan dianggap pembaziran wang rakyat,” katanya.


Bekas Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Terengganu, Profesor Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud pula berpendapat, kos itu agak mahal, namun ia perlu diambil kira dengan kos semasa yang perlu ditanggung kontraktor baru.


Katanya, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan terhadap kontraktor asal yang gagal menyiapkan projek itu, kerana menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos baru yang tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan ketika proses tender dahulu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.