`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 22, 2013

Mufti perlu lihat gambar ini dan fatwakan segera

Nur Hidayah Abdul Wahid
Rasa terpanggil dengan komen dua peserta ratu cantik Miss Malaysia yang mempertikai keputusan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang melarang mereka meneruskan pertandingan itu.

Apa yang menarik perhatian gua adalah suatu yang amat jelas yang selama ini kita semua terlepas pandang.KOmen peserta beragama Islam Sara Amelia Bernard yang berbunyi, 

"Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Sebenarnya komen mereka tidak harus dipandang sepi oleh Jakim atau Majlis Fatwa kerana aktiviti dalam pertandingan gimnastik lebih menjolok mata dan mengaibkan. Lihat sahaja beberapa contoh aktiviti gimnastik di bawah dan bandingkan dengan aktiviti pertandingan ratu cantik dengan berpakaian bikini. Apa penilaian anda?

Memang aktiviti gimnastik lebih menjolok mata dan perlu difatwakan haram kepada wanita Islam oleh pihak berkuasa demi menjaga maruah agama Islam dan orang-orang Islam itu sendiri.

Nurul Fatiha Abd Hamid

Nur Hidayah Abdul Wahid



Pemakaian pakaian mandi/ bikini dalam pertandingan ratu cantik tidak memerlukan peserta beraksi lucah.

So, Mr mufti bertindak segera... jangan buat fatwa pipih-pilih ikut keperluan. Ada yang haram tapi tak difatwakan haram.

1 comment:

  1. sekiranya anda mukmin yang baik dan menegakkan agama islam yang indah, jgnlah guna gambar-gambar seperti di atas untuk menyampaikan sesuatu 'pesanan'. sy mohon admin utk delete gambar-gambar ni demi maruah islam kita.

    “Barangsiapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim di dunia, Allah menutupi (aib) nya pada hari kiamat.” (HR. Ahmad)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.