`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 10, 2013

Najib Umum Bonus Raya Diberi Pada Hari Raya Ke-2....giler apa..??


Kuala Lumpur: Najib semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. 

Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan. 

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

...........
Dah buang tebiat agaknya....tak pernah-pernah dibuat dan terjadi dalam sejarah negara, bonus akan diberi pada hari raya ke-2...sebab 9 Ogos tu rasanya memang dah raya,kalau nak dikirakan 1 Syawal jatuh pada 8 Ogos tahun ini dan dah pasti hari raya Aidilfitri yang kedua jatuh pada 9 Ogos. 

Orangni bukan mau sibuk pasal tarikh raya yang nun jauh lagi....hahaha...tapi rasa pelik macam orang buang tebiat dengan pengumuman Najib bahawa bonus untuk kakitangan awam akan dibuat pada tarikh 9 Ogos,memanglah dapat bonus ni satu berita yang mengembirakan,tapi bila dengar tarikh...? Jadi mual nak tergelak....hahaha....
Bonus...9 Ogos bersamaan 2 Syawal....hahaha...
Apa barang bagi bonus time orang dok beraya...hahaha....nampak gayanya hari raya ke-2  la tahun ni warga kakitangan awam bershopping baju raya....lawak..lawak..lawak...hahaha.......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.