`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 4, 2013

Perbelanjaan Selangor mengalami defisit

Enam bulan pertama (Januari-Jun) 2013, defisit yang dicatatkan mencecah sehingga 46.7%.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor didapati mengalami defisit perbelanjaan sejak tahun 2009, dedah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Permatang Sulaiman Abdul Razak.
Sulaiman berkata, Selangor berbelanja lebih daripada peruntukan belanjawan apabila mencatatkan defisit RM120 juta (8.65%) pada tahun
2009, dan terus bertambah RM194 juta (14.9%) pada tahun 2010, RM210 juta (13.9%) pada tahun 2011, dan RM197.2 juta (10.44%) pada tahun 2012.
Manakala bagi enam bulan pertama (Januari-Jun) 2013, defisit yang dicatatkan mencecah sehingga 46.7%.
“Berdasarkan prestasi Bajet 2009 sehingga 2011 kerajaan negeri gagal mempertahankan bajet berimbang sedangkan setiap tahun kita bangkitkan perkara ini.
“Terbukti kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri tidak teliti dalam perancangan dan penyediaan bajet negeri dan gagal kawal perbelanjaan sehingga alami defisit setiap tahun,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi tahun 2013 dalam Dewan memohon untuk menggunakan RM761,440 juta daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri bagi menampung Perbelanjaan Perkhidmatan 2013.
Permohonan itu meliputi 46.7% daripada jumlah RM1.63 bilion yang diluluskan semasa pembentangan Belanjawan 2013 November tahun lalu.
“Baru lima bulan kerajaan sudah habiskan RM1.6 bilion, ini menimbulkan persoalan dan sepatutnya Dewan berikan penjelasan,” gesa Sulaiman.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.