`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 27, 2013

Perkasa-Perinbam bertelagah isu SK Pristina

Ini ekoran tindakan Naib Presiden Perkasa mempertahan tindakan Guru Besar sekolah itu yang tidak membenarkan pelajarnya duduk di tepi longkang.
KUALA LUMPUR: Tercetus perbalahan kecil di antara anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan ahli Persatuan India Baru Amal dan Kebajikan India (Perinbam) di sini semalam.
Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai berlangsungnya majlis menandatangani piagam-piagam sebuah pertubuhan baru yang dikenali sebagai Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac).
Insiden kecil ini berlaku ekoran tindakan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin mempertahan tindakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pristina, Sungai Buloh yang tidak membenarkan para pelajarnya duduk di tepi longkang.
Sambil mengecam pihak-pihak yang mengapi-apikan isu ini, Zulkifli berkata, guru tersebut bukan menyuruh mereka duduk di tepi longkang tetapi beliau menyuruh para pelajar duduk di bilik persalinan.
Penggunaan perkataan “tepi longkang” walau bagaimanapun menyebabkan sebilangan ahli Perinbam tidak berpuas hati.
Namun begitu, Zulkifli yang juga bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu tetap tidak berganjak dari kenyataannya.
Keadaan ini membuat seorang ahli Perinbam naik berang sambil berkata, mana boleh dia guna perkataan “tepi longkang”. Saya tahu apa yang berlaku di sana. Saya tidak akan berdiam diri macam MIC. Kita akan suarakan apa yang kita rasa.”
Berunding
Pertelagahan kecil itu cepat-cepat memaksa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Perinbam, V Thamotharan duduk berunding bagi meredakan suasana yang agak tegang itu.
Ketika dimajukan soalan oleh pihak media mengenai perkara ini, Ibrahim dan Thamotharan cuba mengelak dari mengulas lanjut kejadian itu.
“Ini hanya merupakan perbezaan pendapat di antara kawan,” kata Thamotharan, sambil dijawab oleh Ibrahim: “Ia hanya pendirian peribadi mereka.”
Insiden yang berlaku di SK Pristina di mana para pelajar bukan Islam disuruh makan dan minum di bilik persalinan yang terletak bersebelahan dengan tandas menjadi tajuk berita akhbar dan dilaporkan dalam laman-laman web.
Guru Besar sekolah tersebut sekarang sedang bercuti selama seminggu setelah Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan melawat sekolah tersebut kelmarin.
Mirac dianggotai oleh Perkasa, Perinbam dan Persatuan Cina New Era (Percisama).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.