`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 19, 2013

PRK N.01Kuala Besut - Agak sukar PAS nak menang,tapi tak mustahil PAS boleh buat kejutan...


PRK Kuala Besut: Dilema para pengundi...

Memang sukar untuk PAS menang kerana majoriti BN amat besar dua bulan lalu tetapi tidak mustahil PAS boleh buat kejutan. Seramai 17,683 orang pengundi yang akan membuang undi pada pilihanraya kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini berada dalam dilema sama ada mahu mengundi BN atau PAS terutamanya di kalangan ahli Umno.

Jika BN menang , Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu. Ini bermakna kroni beliau semakin kaya. Sebaliknya jika BN kalah, pilihanraya umum negeri akan diadakan semula berikutan kedudukan 16-16 kerusi.

Di atas kertas, memang sukar PAS menang kerana majoriti undi yang dimenangi calon BN, Dr Abdul Rahman Mokhtar dua bulan lalu amat besar, 2,434 undi tetapi tidak mustahil PAS boleh buat kejutan kerana ia pernah menang pada tahun 1999.


Jika PAS menang, ia adalah kerana orang Umno yang mengundi PAS. Mereka marah pada Ahmad Said yang jadi Menteri Besar buat kali kedua sedangkan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Idris Jusoh hanya menjadi Menteri Besar sepenggal sahaja.

Mereka berhujah sudah 25 tahun orang Kemaman (Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad) jadi Menteri Besar, dari tahun 1974-1999, kini jawatan itu masih disandang orang Kemaman lagi (Ahmad Said)(2008-kini)

“Adakah orang Besut  layak jadi Menteri Besar sepenggal sahaja ?” kata seorang ahli Umno di Kuala Besut.

Kalau BN kalah, bukan sahaja Ahmad Said dapat malu malah Idris pun dapat malu kerana orang Kuala Besut tidak menghargai perlantikan Idris sebagai Menteri Pelajaran II oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Sebaliknya jika BN menang, bukan sahaja kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar kukuh malah  masa depan Idris dalam politik nasional juga teguh. Jika Idris bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada Disember ini peluang Idris untuk menang amat cerah. Tambahan pula beliau adalah seorang Menteri Pelajaran.

Kita tentu masih ingat pilihanraya kecil Kuala Berang pada tahun 2004.Ketika itu Ketua Bahagian Umno Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putra Tengku Awang bekerja keras untuk menangkan calon BN, Cikgu Zawawi. Tengku Putra yang juga Timbalan Menteri Kewangan menang mudah dalam pertandingan ahli majlis tertinggi Umno pada hujung tahun.

Kemenangan calon BN di Kuala Berang melonjakkan nama Tengku Putra yang pertama kali bertanding terus menang jawatan ahli majlis tertinggi Umno. Pilihanraya kecil itu menjadi medan kepada semua calon majlis tertinggi berkempen kerana semua ahli Umno di seluruh negara berkampung di Kuala Berang.

Senario yang sama berlaku di Kuala Besut di mana ia menjadi medan calon-calon  ahli majlis tertinggi berkempen menemui semua ahli Umno dari seluruh negara yang berkampung di situ.


Pada pilihanraya kecil ini, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman berhadapan dengan calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long.

Che Long dikatakan amat popular di kalangan masyarakat Kuala Besut kerana dia adalah seorang dermawan. Manakala Tengku Zaihan dikatakan bersekolah di luar dan bekerja di luar juga.

Malah beliau dikatakan punca 2000 keluarga petani tidak dapat menanam sawah padi kerana beliau gagal membaikpulih empangan yang mengalirkan air ke sawah padi ketika beliau menjadi jurutera JPS.

Isu tanah yang dibangkitkan PAS telah dijawab Ahmad Said. Katanya, tak salah ADUN menerima tanah kerana rakyat pun menerima tanah.


Memanglah ia tak salah tetapi alangkah baik dasar bekas Menteri Besar, Wan Mokhtar yang tidak membenarkan ADUN yang sedang bertugas mohon tanah dikekalkan kerana ia tidak menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.

ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata apabila BN menang pada tahun 2004, banyak tanah TOL yang diberi oleh kerajaan PAS dibatalkan.

Beliau tahu kerana ketika PAS memerintah Terengganu, beliau pernah menjadi Pengarah Tanah dan Galian negeri.

24 Julai tinggal enam hari lagi. Ia memang menjadi dilema kepada pengundi Kuala Besut sama ada mahu mengekalkan BN atau memilih PAS.-fmt


16:16 paling menguntungkan rakyat Terengganu...

PAS memberi jaminan dapat menyelesaikan isu diskriminasi agihan peruntukan kepada DUN yang dimenangi Pakatan Rakyat sekiranya menang kerusi Dewan Undangan (DUN) Kuala Besut.

Walaupun tidak membentuk kerajaan baru yang sah di Terengganu, PAS meramalkan kemenangan 16:16 mampu menyekat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said daripada menganiayai kawasan-kawasan DUN Pakatan Rakyat.

“Sebelum ini, Menteri Besar pernah berkata kerajaannya tidak memberikan peruntukan perumahan kepada kawasan yang BN tewas,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya lagi, iika pengundi Kuala Besut menjadikan kedudukan DUN 16:16 24 November ini, perkara ini boleh dielakkan.

“Para penyokong BN di Kuala Besut juga disarankan memberikan undi kepada calon PAS supaya Ahmad Said tidak turut menganiaya penyokong BN yang menyokong mereka di kawasan DUN yang dimenangi pembangkang,” kata beliau dalam satu kenyataan. 


Beliau berpandangan senario 16:16 mampu menyeimbangkan peranan PAS dalam DUN bagi membolehkannya memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan berjalan dengan lebih adil dan telus.

Beliau bagaimanapun menegaskan Terengganu tetap kekal milik BN kerana perlantikan Menteri Besar dan Speaker telah dibuat, dan Dewan Undangan Negeri telah dibentuk.

“16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, mencari punca kepada pelbagai peristiwa bumbung bangunan runtuh, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

Rakyat Terengganu adalah pihak yang untung jikalau PAS memenangi PRK Kuala Besut 24 Julai ini,” katanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini menyifatkan usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat dan ia tindakan populis bagi meraih perhatian pengundi Kuala Besut.-fmt




 Even if PAS wins, BN will still rule...

A PAS win in Kuala Besut simply means that BN “will not be able to do as they like” said PAS vice-president Husam Musa. 

PAS has no intention to take over the Terengganu government from the Barisan Nasional (BN) even if it wins the Kuala Besut by-election, says its vice president  Husam Musa.

He said the BN state government would be maintained, even though a win for PAS in the by-election would mean a ratio of 16:16 seats for both parties, resulting in a hung state legislative assembly.

“It’s only that they (BN) would not be able to do as they like. We will play  a constructive check-and-balance role in the administration of the state, that is orientated towards the wellbeing of the people in Terengganu,” he told a reporters at the party’s election base in Kampung Baharu here last night.

He was reacting to Defence Minister Hishammuddin Tun Hussein’s statement that PAS’ bid to wrest the hung assembly through populist sentiments and form a new government would not be received favourably by the people.

Meanwhile, Husam who is also PAS director for the by-election accepted the explanation by Terengganu Menteri Besar Ahmad Said in regard to the award of land to four BN representatives in the Besut parliamentary constituency.

Ahmad Said had said that it was the policy of the government to award land, be it a residential lot or agricultural land to deserving residents and those who had contributed to the nation.

Meanwhile the party has challenged Umno to a debate in Kuala Besut.

Husam said he would invite PKR director Rafizi Ramli to represent PAS and the opposition and Communication and Multimedia minister Ahmad Shabery Cheek who is also an Umno Supreme Council member, to represent Umno and BN. 

Husam further proposed that the debate be conducted openly after the tarawih prayers tonight.

“Hopefully with Ahmad Shabery’s participation the debate would get live coverage through RTM,” he quipped.-fmt




cheers.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.