`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Adalah Bulan Berbuat Baik, Syawal Adalah Bulan Partying

Bulan Ramadhan...

Aku suka bulan Ramadhan. Banyak peluang terbuka...untuk kurus, untuk berenti rokok, untuk save duit. Kesan keunikan Ramadhan adalah sangat menakjubkan kepada personaliti manusia. Semua orang berubah tiba-tiba,  ke arah kebaikan.

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana dengan tiba-tiba semua orang jadi jujur dan berani mengaku kesalahan mereka. Paling penting, bulan Ramadhan mengembalikan semula perasaan malu kepada ramai orang. Yang pemarah jadi sabar, yang garang jadi lembut. Itulah keunikan bulan Ramadhan ini. Paling unik, yang Melayu dengan tiba-tiba jadi Islam.Yang free hair tiba-tiba pakai selendang.Yang selama ni jantan pakai rantai disimpan dulu buat sementara dalam almari.

Tapi bila menjelang aje Syawal....kita jadi macam biasa balik.

Kenapa kita takut nak buat salah dalam bulan Ramadhan? Apa bezanya sebenarnya kesan Ramadhan ni kepada psikologi orang Melayu? Kenapa kita take care pasal Ramadhan tapi Zulkaedah ke, Muharram ke...kita tak ambik berat sangat pasal kelakuan kita. Couple yang nak dating pun segan2 nak dating bulan puasa, kan? Kenapa ya? Apa bezanya bulan Ramadhan ni dengan bulan-bulan lain?

Kau dating sambil tengok wayang boifren gelfren dalam bulan Safar hukum dia still haram. Tak ada beza pun sebenarnya dengan dating dalam Ramadhan. Mungkin kau takleh makan minum aje la kot. Lagi ok apa kalau kau dating bulan Ramadhan? Gila banyak kau boleh save duit kat situ....lagipun, kau pegang tangan awek bulan lain dengan pegang dalam bulan Ramadhan, dosa dia sama aje kot rasanya.

Kadang2 kalau difirkan, seolah-olah, ramai orang di luar sana, yang lebih hormatkan bulan Ramadhan, berbanding pencipta Ramadhan itu sendiri, kan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.