`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 18, 2013

REMAJA SEKOLAH Meninggal Dunia TERSEPIT Selepas LIF GAGAL BERFUNGSI


SUNGAI BESI – Seorang murid sekolah berusia 11 tahun meninggal dunia selepas kepalanya tersepit di sebuah lif yang gagal berfungsi dengan sempurna ketika pulang dari sekolah di blok 8, Apartment Desa Tun Razak, Bandar Tun Razak, kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Khairul Amir Azri Lani dikatakan cuba keluar daripada lif tersebut selepas tersangkut di antara tingkat 3 dan tingkat 2. Ketika hanya kepalanya keluar dari lif sedangkan badannya masih berada di dalam lif, secara tiba-tiba lif tersebut bergerak turun perlahan-lahan dan tidak dapat dikawal lalu menyebabkan leher mangsa tersepit antara lantai tingkat tiga dan lif.


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut maklumat rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, seramai 17 orang yang kebanyakannya adalah pelajar sekolah turut berada di dalam lif tersebut semasa insiden menyayat hati ini berlaku.

Pihak Bomba telah menerima panggilan pada jam 1.16 petang dan mengambil masa selama lima minit untuk tiba di tempat kejadian dan turut mengeluarkan pengguna lain dari dalam lif berkenaan.

Ibu mangsa yang bekerja di sebuah bank pengsan selepas tiba ditempat kejadian dan menerima perkhabaran buruk terhadap kematian anak ketiga daripada lima beradik ini.

Semoga pihak keluarga Khairul Amir Azri tabah dalam menghadapi dugaan ini. Al-fatihah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.