`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 19, 2013

Sindiket wang palsu belum serius

Firdaus menasihati agar masyarakat sentiasa berwaspada
KUCHING: Isu wang palsu di Sarawak belum mencapai tahap yang serius, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersil Sarawak, Superintenden Mohd Firdaus Abdullah.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu pihaknya ada menerima laporan beberapa kes yang membabitkan sindiket wang palsu bagi tahun 2013, namun ia tidak serius.
“Kami akan membuat siasatan jika kita menerima laporan mengenai kes ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar dan Solat Terawih Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, semalam.
Sehubungan itu, Firdaus menasihati agar masyarakat sentiasa berwaspada dengan sindiket wang palsu ekoran kegiatannya sukar dikenal pasti.
“Oleh itu, masyarakat harus meningkatkan kesedaran dan lebih berpengetahuan supaya tidak tertipu dengan wang palsu.
“Biasanya penipuan ini dilakukan oleh sindiket tertentu dan ia bergantung kepada cara penipuan lebih-lebih lagi melibatkan duit,” tambahnya.
Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa pihak polis sentiasa bekerjasama dengan majlis perbandaran dalam membanteras kegiatan menggantung banting haram yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak majlis.
Dipercayai banting haram tersebut kepunyaan syarikat-syarikat peminjam wang sama ada yang berlesen atau tidak berlesen.
“Kadang-kadang mereka (majlis perbandaran) meminta bantuan daripada pihak polis bagi membanteras masalah ini, dan kami sentiasa memberi bantuan kepada mereka,” tegasnya.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 72 banting haram berjaya diturunkan oleh majlis perbandaran di Kuching dalam tempoh satu hari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.