`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 9, 2013

Takut Dedah Pembekal Dakwat, SPR Sembunyikan Sesuatu ?

Tiada apa yang perlu ditakutkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika tidak menyembunyikan sesuatu yang meragukan berhubung identiti syarikat pembekal dakwat kekal.

“Kita rasa ada sesuatu yang mencurigakan sedang cuba ditutup,” kata ketua sekretariat pilihan raya KEADILAN, Zakaria Abd Hamid (gambar).

“Apakah pihak yang mendapat tender adalah orang yang punya kaitan dengan mereka?

Apakah yang diberi tender tersebut kroni mereka?, katanya kepada Keadilandaily.

Justeru, alasan tidak mendedahkan identiti demi menjaga keselamatan pembekal tidak boleh diterima.
“Rakyat tertunggu-tunggu jawapan SPR. Jutaan ringgit wang rakyat telah dibelanjakan.

“Jadi rakyat punya hak untuk tahu, siapakah pembekal dakwat berkenaan,” tegasnya.

SPR diberi tempoh seminggu oleh KEADILAN bagi mendedahkan pembekal yang mendapat tender membekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.