`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 29, 2013

TAYANGAN FILEM PRO-KOMUNIS THE NEW VILLAGE DITERUSKAN ?? @ZAHID_HAMIDI

MiM ucapkan tahniah kepada Zahid Hamidi kerana telah memberi respons segera kepada gesaan kita supaya filem The New Village digantung. 


Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem "The New Village" yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya.
"Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog" katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Sungai Buloh - seterusnya
MiM musykhil dengan keputusan tiga panel ahli LPF yang meluluskan filem tersebut pada 7 September 2012. Apakah alasan mereka meluluskan filem tersebut?

Tetapi yang lebih musykhil ialah 2 perkara yang MiM dedahkan di artikel awal tentang isu filem tersebut :

1. Kenyataan kontroversi The New Village di dalam Facebook mereka. Sila baca printscreen di bawah:


Bagaimana dengan perajurit-perajurit Balai Polis Bukit Kepung? Mereka bukan hero?

2. Mungkin kebetulan atau ada kaitan produksi filem tersebut yang bernama Yellow Movie Sdn Bhd dengan pro-pembangkang?


Apakah ianya berkaitan dengan kumpulan pembangkang dan perhimpunan haram Beersih yang menggunakan warna kuning?

Beersih pakai warna kuning

Anda baca seterusnya dibawah:

@NAJIBRAZAK @MUHYIDDINYASSIN @ZAHID_HAMIDI - HARAMKAN FILEM PRO-KOMUNIS THE NEW VILLAGE !!!

Kita tentu terkejut dengan kewujudan satu filem baru bertajuk "The New Village" yang kononnya menceritakan kesusahan pendatang Cina di Malaysia di kampung-kampung baru yang dibina semasa penentangan pihak komunis keparat.


Jika melihat trailer filem tersebut. ianya juga menceritakan tentang seorang Cina komunis dan bercinta dengan seorang gadis Cina dan berlakukah konflik disamping menimbulkan perpsepsi pihak komunis adalah hero untuk 'melepskan negara ini daripada cengkaman pihak British'

Filem berat sebelah ini tidak pula menceritakan kekejaman pihak Komunis
Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya. 
 Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang. 
Hero dan heroin 

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero itu bakal ditayangkan di pawagam Negara kita mulai 23 Ogos ini. 

Trailer filem yang wajib dibatalkan :



Bukan sahaja Astro Shaw tidak sensitif tetapi produksi filem itu juga sangat meragukan. Namanya ialah Yellow Movie Sdn Bhd.


Apakah ianya kebetulan atau berkaitan dengan pro-pembangkang dan pembangkang yang menggunakan warna kuning untuk perhimpunan haram mereka?

Kuning semasa Beersih anjuran pembangkang

Filem ini jelas tidak mengambil kira sensiviti pihak majoriti di negara ini termasuk pejuang-pejuang bekas tentera yang menentang komunis keparat.

MiM marah dan kecewa apabila pihak The New Village sendiri telah mengeluarkan satu kenyataan yang menghina pejuang-pejuang anti-komunis tersebut !

Anda baca printscreen di bawah :


The New Village bermaksud pejuang-pejuang yang terkorban di Bukit Kepung bukan hero? Sungguh kurang ajar ! How dare the admin of TNV Facebook said like that?

MiM merayu kepada rakan-rakan dan pembaca-pembaca sekalian supaya tidak berdiam diri dan membiarkan sahaja filem pro-komunis ini disiarkan pada 23Ogos ini. 

Kita perlu bersuara lantang membantah keras filem rekaan yang tidak berdasarkan kepada kebenaran atau 'true story'

Anda boleh komen Facebook The New Village klik sini dan juga flagkan trailer filem tersebut klik sini




MiM juga menyarankan kepada Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi supaya proaktif, membantah keras dan mengharamkan filem tersebut. 

Malah, tolong siasat bagaimana caranya filem sedemikian rupa boleh diluluskan sedangkan filem yang berdasarkan fakta iatu 'Tanda Putera' begitu susah untuk disiarkan.

MiM percaya jika kerajaan tidak berkeras untuk mengharamkan filem tersebut, lebih ramai rakyat yang sangat kecewa dengan BN, percayalah !

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.