`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 18, 2013

TERBAIK! DATO AZEEZ BERJAYA SATUKAN KEMBALI KELUARGA YANG TERPISAH!

Korang nak cakap apa saja pasal Azeez lantak la tapi kalau ada orang dalam kesusahan dialah orang yang pertama akan ke hadapan untuk membantu. Aku nak share dengan korang kisha benar bagaimana seorang surirumah yang terpedaya dengan Mat Indon hingga lari mennggalkan keluarga:

Sambutan Ramadhan dan 1 Syawal yang menjelang tidak lama lagi pastinya lebih bermakna buat Mohd Riduan Abdul Razak sekeluarga selepas isterinya yang dilarikan ke Jawa Timur sejak 22 Jun lalu kembali ke pangkuannya atas bantuan yang dihulurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Kehilangan Nuridayu Aziz, 34, disedari keluarganya selepas tidak pulang ke rumah selama beberapa hari sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

Namun, atas usaha Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Nuridayu akhirnya dapat disatukan semula dengan suami dan tiga anaknya iaitu Nor Athirah, 10; Najihah, 7, dan Mohd Hizal Hamzi, 6.

Ketika ditemui pemberita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebentar tadi, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, Mohd Riduan menghubungi KP1M untuk mengesan isterinya yang dilarikan seorang warga Indonesia ke Jawa Timur pada 22 Jun lalu.

Beliau katanya, menyertai misi menyelamatkan Nuridayu yang dilarikan ke Rambipuji yang terletak dalam daerah Jember pada 26 Jun lalu.

“Lokasi ini terletak kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya.

“Dengan bantuan yang dihulurkan di sana, mangsa menjalani rawatan cara Islam kerana tidak mengenali langsung suaminya sendiri iaitu Mohd Riduan,” katanya lagi.
PERAKTODAY

Abdul Azeez menegaskan berkat sokongan semua pihak termasuklah Perdana Menteri dan rakyat Malaysia, misi KP1M membawa pulang Nuridayu ke pangkuan keluarganya membuahkan hasil positif.

“Peristiwa ini harus menjadi pengajaran kepada kaum wanita terutamanya suri rumah supaya lebih berhati-hati dengan lelaki warga asing yang mungkin mengamalkan ilmu hitam.

“Dalam kes Nuridayu ini, beliau sendiri tidak sedar dirinya dilarikan ke Jawa Timur dan ketika ditemui, beliau berada dalam kebingungan dan langsung tidak mengenali Mohd Riduan, suaminya sendiri,” kata Abdul Azeez.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menggesa pihak polis menyiasat kes itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melarikan Nuridayu.

“Pihak polis perlu mengambil keterangan daripada Nuridayu sebaik sahaja beliau pulih sepenuhnya agar pihak yang melarikannya ke Jawa Timur mendapat hukuman yang setimpal,” katanya.

Artikel ini aku petik dari Perak Today. Dan ada lagi satu artikel mengenai isu yang sama KLIK SINI 

Tahniah Dato Azeez! Persetankan apa saja yang buruk diperkatakan tentang anda, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan kerja kerasmu untuk membantu saudara Islam lain yang sedang dalam kesusahan. Yang lain sebelum nak kutuk Azeez ni, ukurlah dulu baju di badan sendiri, korang sanggup ke nak buat macam dia?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.