`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, July 21, 2013

TUN MAHATHIR SUDAH MULA BANTAI NAJIB RAZAK SEBAB GAGAL MENDAPAT KEPUTUSAN LEBIH BAIK DARI PRU 13!!!!



BR1M gagal bantu prestasi BN pada PRU13, kata Dr Mahathir

Pemberian tunai tidak membantu parti pemerintah pada pilihan raya umum  ke-13 (PRU13) kerana rakyat menganggap mereka berhak memiliki wang mereka sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sebenarnya, pemberian itu langsung tidak berkesan. Penerima bantuan terutama penyokong pembangkang, tidak berterima kasih kerana menganggap ia wang mereka. Itu duit cukai bukan wang kerajaan atau BN," katanya.


Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sekali gus paling lama dalam sejarah tanah air itu berkata demikian pada temu bual dalam rencana Utusan Malaysia hari ini.



Beliau juga menyifatkan amalan pemberian tunai itu berlawanan dengan pentadbirannya antara 1981 dan 2003.

"Sebelum ini, kerajaan memastikan persekitaran melalui kemudahan kepada masyarakat, pengendalian ekonomi, pelaburan dan banyak lagi untuk dinikmati rakyat.


"Bukannya beri wang kerajaan tetapi kita sediakan ruang dan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan rakyat.


"Sekarang, kita lihat ramai graduan tidak ada pekerjaan. Mungkin rakyat berasa puas hati apabila menerima bantuan tunai tetapi ia sebenarnya tidak cukup. Ia akan habis dalam beberapa hari," katanya.


BN membuat dua pemberian tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan berjanji melalui manifesto pilihan raya untuk memberi RM1,200 kepada keluarga isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.


Sekalipun begitu, BN hilang lebih banyak kerusi kepada Pakatan Rakyat, hanya 133 berbanding 140 pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

UMNO pasti bergolak selepas ini... Satu petanda yang Tun M maukan suatu perubahan dipucuk pimpinan UMNO.

UMNO akui jika ada pertandingan dijawatan Presiden dan Timbalan Presiden maka UMNO akan hancur..Apakah UMNO akan hancur pada hujung tahun ini?.. Sama-sama kita tunggu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.