`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 23, 2013

Wajah2 Pejuang Islam Yang Belasah Pemuda Cina Tersebar. [Video Inside]

Penjihad.



Ini video untuk korang tonton.

 

Aku terpaksa kagum dengan sikap mereka yang bertakbir seolah2 buat benda baik selepas melakukan penculikkan dan peras ugut. Pada awalnya aku heran. Tetapi setelah duduk berfikir lama2 aku dah bertukar fikiran. Dari rasa hairan terus kepada tak heran langsung.

Sedangkan orang yang jual jus anai2 gunakan nama Alquran pun ada.
Yang jual serunding gunakan nama Alquran pun ada.
Yang jual agama pun bersepah.
Ini kan pula yang halalkan jenayah atas nama jihad. 

Memang la tak pelik mana. Silap besar la kalau aku rasa pelik. Apa pun aku seronok baca komen2 non muslim kat video paparan Malaysiakini tue. Ramai dari mereka mempercayai ini bukan apa yang ISLAM anjurkan.

Ya benar.

Islam ialah agama kasih sayang. Kita tak hukum orang lain atas jenayah orang lain. Kalau betul sekalipun dia nak protes marahkan si Alvin dan Vivian, dorang sepatutnya direct kepada Alvin dan Vivian. Bukan orang lain yang buat salah, orang lain yang jadi mangsa.

Itu kalau mereka nak amek tindakan sendiri la. Kalau dah tak percayakan sangat keadilan di Malaysia neh. Tapi tindakan pun perlu betul juga. Bukan culik, belasah, pukul, bagi hidu gam, conteng badan, bogelkan dan peras ugut. Sepatutnya tarbiah dan didik depan2. Berhujah dengan fakta. Bagitau bagaimana seseorang manusia non muslim macam Alvin dan Vivian patut menjalani hidup di Malaysia yang berbilang kaum. Jangan nak mencucuk sensitiviti penganut agama lain, raikan perbezaan dengan saling hormat menghormati, bertolenrasi bukan dengan melakukan provokasi.

Pandang dari sudut mana sekalipun, tak kira sesuci dan semurni mana pun niat mereka dalam kes neh, aku tak percaya Allah meraikan perbuatan tersebut. Yang aku tahu Allah maha adil. Dan sama sekali Allah tak pernah anjurkan kekerasan kepada mana2 pihak yang tidak bersalah kat sini.

Itu ialah Islam yang Allah anjurkan. Aku yakin.

Inilah antara wajah2 yang tertuduh dalam kes neh. Wajah2 penjihad Islam. 



-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.